Follow | Dashboard
Losing Melody
Best Day Ever.
Wednesday, December 26, 2012 • 9:47 PM • 0 comments


Tumblr

Semalam 26 December 2012. Semalam jugak birthday Yas. Masa 25 December tu, Anniversary mak ayah yas dengan cousin. So kitaorang plan nak buat kejutan. Tapi kitaorang buat kejutan tu awal, 24 December dah prepare dah nak buat kejutan apa. Kitaorang buat Red Velvet cupcakes kat rumah mama. Tapi diaorang tak taulah kitaorang nak buat tu, kitaorang cakap nak swimming semua. Hahahaha lol lepastu pergi Giant semua beli barang nak buat cupcakes tu. Then balik rumah mama. Kitaorang bawak laptop, Ipad semua tu jadi tak adalah boring sangat. Amirah ( cousin ) , Min ( kakak ) dengan Najihah ( cousin ) pergi la tolong buat adunan semua tu so boleh letak dalam acuan dia. Yas dengan Iqa ( cousin ) tak tolong langsung. Lepas tu mama kata nak suruh kitaorang buat nasi goreng. Dahla tak tau macam mana nak masak nasi goreng. Aduhaii mama ni tapi nasib baik lah ada rencah dia so senang la sikit. Sedap weh nasi goreng kitaorang buat tu. Hahahahaha lol sumpah sedappp :D Alhamdulillah. Then, Anis ( cousin ) dengan Afina ( cousin ) tak buat apa apa jugak, just tolong masukkan dalam acuan je then mama suruh masak Mee goreng pulak. Dia dua orang dengan Najihah dengan Min. Pedas pastu tak rasa apa apa. Tapi bolehlaaaa :p

Twitter

Lepas dah makan tu, buat cream dia pulak. Dah habis buat cream, buat lah kat cupcakes yang dah siap bakar tu. Cream dia sedapppp. Mampu tengok je masa tu. Lepastu, kitaorang semua decorate lah cupcakes tu buat huruf pastu letak bunga kecik atas dia lepas tu jadi macam ni :


Ni cupcakes untuk yang Anniversary tu.


Sebelum ianya siap sepenuhnya.


Ni dah siap dah  <3


Meleleh kan air liur ? Nampak sedap kan ? Memang sedap pun. makan 2 3 kali lepas buat tu. Dah buat semua tu dah nak dekat pukul 8.30 dah nak balik then kemas semua barang barang basuh semua pastu mama tukar baju pastu balik. Pastu sampai pukul 9.00 cerita Dalam Hati Ada Taman. Pastu mandi siap siap then tengok cerita tu pastu pukul 10.00 ada cerita Merlin sampai 11.Lepas pukul 11 tu, kitaorang buat burger. Tapi burger tu tak cukup lah terpaksa 3orang kena makan sosej.Lepas tu kitaorang dengar MJ12 dengan cousins semua. Ingat kan nak call tapi line dia asyik-asyik busy je penat call banyak kali. Pastu cerita lah hantu semua then Amirah dengan Afina ( dua dua cousin ) tidur bilik kitaorang so dalam bilik tu ada 6 orang. 1 tidur atas katil lagi 5 tidur berhimpit-himpit kat bawah. Lepastu semua takut tidur tak tutup lampu lepastu cerita pasal adik beradik semua attitude and diaorang cakap Yas pemalu. hahahahaha lol memang pemalu pun. Lepas tu semua tidur, penat sangat. Okey tu cerita time 24 December. Sekarang pulak cerita time 25 December.

(1) Seras Mìa, Cueste Lo Que Cueste~

Pagi tu semua bangun lambat kecuali Afina. Lepas dah breakfast, Anis , Afina dengan Amirah keluar beli peach untuk Cream Caramel. Sebelum diaorang pergi, kitaorang dah buat. Lepastu petang tu dah mula busy. Pukul 5 je dah start masukkan ayam dalam microwave dulu semua lepas tu Aunty Nurul datang dengan kawan kawan dia. Lepas tu Anis dengan Iqa ulang alik masuk keluar sebab nak tengok cerita Scent Of A Woman dengan cerita Indon tu. hahahaha layan ~ lepastu pukul 9 macam tu dah start dah lepas baca doa, Yas first raikan dulu sebab esoknya hari jadi yas. Tetiba keluarkan kek coklat kecik je pastu semua orang nyanyikan lagu Happy Birthday, wuwuwu. Time berdiri tu, Yas sorang sorang kat situ tetiba Pakcik Kadir datang berdiri sebelah Yas. Ohmaigodddd. hahahahaha nak nangis tau tak ? lepastu dah, potong kek lepastu raikan anniversary mak dengan ayah pulak. Yeyyyy. Lepas tu dah la kan semua masuk bilik time tu dah pukul 11 dah.

  Time dah pukul 12 tu, semua masuk bilik then Amirah bawak something kat belakang dia then tetiba diaorang nyanyikan lagu Happy Birthday then Amirah bagi kad. Kat situ ada signature orang semua pastu ada gambar One Direction. 



 Tu lah gambarnya. Lawaaaaaaaaaa. Jealous takk ? Lol :p Tapi sebenarnya Yas dah tau dah sebab dah nampak diaorang pergi kat sorang sorang hulur kad tu dengan pen hahahaha lol then lepas half an hour diaorang datang lagi, Kali ni diaorang bawak kotak besar. Tak adalah besar mana lepastu Amirah bagi kat Yas. Pastu Anis kata " Bukak lah Syahirah, best gila dalam dia. Bukak lah. " *diaorang panggil Yas syahirah* then yas bukak dalam dia ada




BARANG ONE DIRECTION. YEYYYYYY WOHOOOO. Terkejut gila time bukak tu, ingat kan apa benda tadi Ya Allah bersyukur sangat sangat dapat barang One Direction. Dapat buku dia, pencil box semuaaaaa. Fuhh :D Time tu memang happy sangat sangat. Then lepas tu Najihah  cerita la pasal kisah dia. Sedih cerita diaa :( wkwkwk banyak la jugak yang wish Yas happy birthday tapi yang sedihnya 1/4 je yang wish. Lain semua tak, entahla tak ingat agaknya. Yas ingat siapa yang tak wish yas. Yas akan ingat sampai bila bila. Tak sangka jadi macam tu, tak ramai yang wish :(  lepas tu tidurrr.

Tumblr_mersvdyns91qdqg0ao5_r1_250_large

Bayangkan tetiba Niall datang bawak guitar dia nyanyikan Yas lagu. Nak sangat benda tu terjadi tapi itu mestilah hanya angan-angan kan. Lepastu nanti Niall follow Yas kat twitter. Tu memang memang memang best.

A3isxpicuaaisnz_large

Lepastu nanti One Direction call yas nak cakap Happy Birthday semua. Ya Allah , kalau la diaorang tau Yas pastu diaorang buat apa yang Yas nak dari diaorang. Ya Allah bestnya :'( Mungkin satu hari nanti. Satu hari nanti :') AMIN.

Malam 26 December tu, kitaorang 7 orang pergi Danga Bay. Amirah bawak kereta bawak kitaorang pergi sana. First kitaorang beli ticket banyak banyak so tak payah beli lagi. Then first kitaorang naik ialah rollercoaster yang dalam dia gelap tu ada hantu semua. Amirah sorang sorang kat depan then Anis dengan Afina pastu Yas dengan Iqa then Min dengan Najihah kat belakang. Gila takut weh laju gila rollercoaster dia pastu nanti ada la nampak hantu semua Yas tutup je mata sebab takut. Dia 3 kali round kot. Tapi best la jugak. Then second kitaorang naik Merry Go round. Hahahahahahhaahahahha dahla time kitaorang naik tu, ramai orang keliling malu kot tapi tak apalah tak kesah , kitaorang bukannya dah besar sangat :p 


Tu iqa naik Merry Go Round hahahaha lol lepas dah naik tu , kitaorang main yang kalau menang dapat hadiah tu. First kitaorang main yang kena tangkap itik lepas tu kena tengok bawah dia ada hadiah apa. Rupa dia macam ni 


Lepas tu Amirah, Iqa, Anis dengan Yas main tapi ni gambar yang Amirah tengah main 



Lepas tu kitaorang main kena baling cincin masuk dalam botol tapi tak dapat apa apa. Sedih.




Lepas tu main  kena baling bola masukkan dalam llane yang ketiga tu tapi tak berjaya jugak.



Lepas tu main tangkap bola yang terapung-apung.


Lepastu laaaassttt sekali kitaorang main Pirate Ship. Iqa tak boleh main sebab dia tak bagi so kitaorang 6 orang main dia belanja tapi Birthday girl tak payah kena bayar so FREE je :p


Yas dengan Najihah tak tengok apa apa pun. Tutup mata takut enn sampai Najihah nangis. Anis, Min dengan Afina tak rasa apa apa pun. Pelik ~ tapi memang scary gila ah gayat gila. Kalau duduk hujung best lah :) 




Lepastu dah balik time on the way nak balik tu tetiba *pluuuppp* Najihah jatuh atas air. Dia cakap dia dah elak dah tapi jatuh jugak entah kenapa tapi tak apalah. Seluar dia basah belah bawah. 

OKEY TU JE. BYE (Y)




Welcome


Hye peeps ! My name is Yasmin. 13 years old. Don't forget to follow my blog. Thanks for visiting, come again :)


Profile

Tagboard

Rewind



Credits


Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia Septiya
Doodle By: Kak Wani
Edited: Yasmin Syahirah